√ Maksud Kaedah Temu Bual Menurut Tokoh
Thursday, September 12, 2019
Edit
![]() |
Wikipedia.org |
Maksud Temu Bual Menurut Tokoh
Menurut Denzin ( 2001), ”temu baul harus digunakan lebih daripada hanya sebagai alat pengumpulan maklumat; temu bual perlu bersifat reflektif dan dapat mencerminkan kehidupan dan keadaan sebenar mengenai sesuatu fenomena“Menurut Chua Yan Piaw (2014) Temu baul dikategori kepada tiga jenis, iaitu temu bual berstruktur, temu bual semi struktur dan temu bual tidak bersruktur (Chua Yan Piaw, 2014)
Temu bual berstruktur merupakan temu bual yang dijalanakan secara secara formal, dirancang secara teliti dan dilaksanakan mengikut satu senarai soalan yang perlu dijawab oleh responden.
Penemu bual dikehendaki menyoal subjek kajian bersarkan senarai soalan yang telah dibina (satu set soalan) dan soalan-soalan yang ditanya kepada responden adalah serupa. Soalan-soalan temu bual kena selaras dengan objektif kajian. Bilangan soalan tidak perlu banyak. Berikut ialah tiga andaian asas soalan temu bual.
1. Semua responden mempunyai keupayaan bahasa yang sama.
2. Semua item soalan boleh difahami dengan jelas oleh setiap responden.
3. Setiap soalan membawa maksud yang sama (tidak ambiguiti).
Contoh soalan-soalan temu bual berstruktur
Tajuk kajian: Masalah penulisan karangan sekumpulan pelajar tingkatan enamSekumpulan pelajar diminta menulis sebuah karangan bertajuk ” integrasi nasional”
Maklumat pelajar
Kelas :____________________________
Jantina : ____________________________
Hobi : ____________________________
Gred Ujian 1 : ________________________
Contoh Soalan Temu Bual
Adakah anda berminat untuk menulis karangan ?Apakah masalah utama semasa anda mula menulis karangan?
Adakah anda pernah diajar oleh guru membuat rangka karangan?
Adakah masalah yang anda hadapi semasa membina rangka karangan?
Bagaimana anda menyusun isi/idea karangan?
Apakah kesukaran yang anda hadapi semasa menulis sebuah karangan?
Tahapan Menjawab Soalan Temu Bual
a. Menulis pendahuluanb. Menulis isi utama/ idea utama
c. Menulis 2 huraian atau 3 tiga huraian isi utama
d. Menulis satu contoh yang relevan
e. Menulis dan memilih kata hubung yang sesuai untuk kesinambungan isi dan
f. Membina perenggan
g. Membuat kesimpulan kecil dengan penanda wacana yang tepat (Kesimpulannya, Sesungguhnya, Yakinlah… ).
h. Menulis penutup / membuat kesimpulan.
Perhatian : Contoh soalan perlu selaras dengan objektif kajian.